Boycott Israel

Ku Talqin kan diriku sebelum aku di talqin kan

Bismilla hir rahma nir rahim.

Mahasuci Allah yang bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Allah yang menjadikan lubang kubur, sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan hancur dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar dan mempunyai kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah swt.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang kamu bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Allah menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu bersusah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah swt, sebagaimana kamu juga.

Apabila mereka menyoal kamu dengan berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan dan iktikad kamu? Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan janganlah bergopoh-gapah, hendaklah kamu jawab dengan tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu menjawab : Allah Taala Tuhanku, Nabi Muhammad saw nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup sehingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada di dalam alam Barzakh, sehingga sampai ke satu masa yang dijanjikan kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar dan akan diadili di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati itu adalahbenar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan berlaku,Kami ucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah, kami menyerahkan kamu kepada Allah swt. Semoga Allah swt akan memberi kesejahteraan dan keselamatanNya kepada kamu.

Semoga Allah jualah yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa, mudah-mudahan Allah swt menaruh kasihan belas kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi keampunan dan memaafkan kepada kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah, Ya Tuhan, Aku merayu dan bermohon kepada Mu supaya AKU tidak disiksa dengan kemegahan penghulu kami Nabi Muhammad SAW.

Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wasalamun alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

Memory lane

20090923-raya5-69-edit

“Problems in my head, this is where you go get off”

Serenity

20090816-img_3736-edit

“How I wish I can be carefree like you..”

Mother and Daughter moment

20091020-img_5142-2

They are my world..

It’s Thursday… Lets Eat!!

20090321-img_6914-edit

The first bath

20090712-img_3245-2

“When I look at this picture. I can still hear her cry.. It was a beautiful one”

Pelajar dan sentiasa belajar..

Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (109) Al-Kahf

Dari ayat ini kita tahu bahawa kita sebagai manusia tidak lah sehebat mana jika pun kita telah menguasai sesuatu ilmu itu. Di bandingkan dengan apa yang kita tahu dengan ilmu ilmu Allah yang sangat luas kita masih lagi kuman yang kecil. Tidaklah sehebat mana. Jadi kita harus sentiasa belajar dan menjadi pelajar. Banyak lagi Ilmu yang boleh kita kuasai..

few hours old

20090711-img_3204-edit

Milky way captured by photographer

Galactic Center of Milky Way Rises over Texas Star Party from William Castleman on Vimeo.

FREEEEEEE Photoshoot by us

Taken from liwanielCanvas

Ya Tepat skali!!!!!!
Betul tuh!!! Anda bukan bermimpi!!!!!!

Seperti yang dijanjikan dalam posting sebelum ini,  kami sentiasa prihatin dengan pandangan anda semua.  Dengan ini kami bercadang untuk mengadakan sesi photoshoot percuma untuk anda!!!!
Ya PERCUMA!!!!!!

Kenapa kami bagi PERCUMA???
Memandangkan ramai diantara korang yang nak gambar dicanvaskan tetapi tercari-cari gambar yang sesuai atau xde gambar yang sesuai, inilah masanya!!!

Betul ke percuma???
YA!!! anda cuma perlu menempah canvas bersaiz 12X16 ke atas di liwanielCanvas.

Bila??? Dimana???
Kami bercadang untuk mengadakan seisi photoshoot tersebut sama ada pada 23 May 09 bermula 9 pagi hingga 1130 pagi(30min 1 sisi), di area Putrajaya atau berdekatan dengannya (kami akan confirmkan kemudian).

Apa yang perlu anda buat???
Tempah canvas anda sekarang!!!
Perlu diingatkan, tempat terhad. Siapa cepat dia dapat.

note : 1. Photoshoot ini hanya untuk tujuan canvas printing, bukannya pakej outdoor photoshoot.
2. Photoshoot ehsan daripada PixelArt.

p/s: Ingat!!! hanya 5 tempat sahaja ditawarkan… Jadi rebutlah tawaran ini segera!!!!!!

liwaniel Canvas: FREE PHOTOSHOOT*!!!! (15 May 2009)

http://liwanielcanvas.blogspot.com/2009/05/free-photoshoot.html

P/S: I’ll be there as well.. so come and join the fun!!

Hafiz Jamaluddin’s ProfileCreate Your Badge
Hafiz Jamaluddin's Facebook Profile